Program Khidmat Masyarakat A Day With You

PENDAHULUAN

Program Khidmat Masyarakat “A Day With You” ini dianjurkan oleh Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (PIMPIN) dengan kerjasama Farmasi Ideal dan Ideal Nauticare Sdn. Bhd. Ia dikelolakan sepenuhnya dari semua organisasi yang terlibat, dengan cadangan penglibatan beberapa artis tanahair.

Program ini berhasarat untuk melaksanakan khidmat bakti di sebuah wad Onkologi Pediatrik di Hospital Kuala Lumpur. Idea ini telah diinspirasikan atas keinsafan dan kesedaran bahawa kanser bukan satu bentuk halangan untuk anak-anak muda ini untuk meneruskan kehidupan. Ramai pesakit kanser yang telah berjaya membuktikan bahawa mereka juga boleh menjalani kehidupan yang normal. “A Day With You” berhasrat untuk memberi suntikan semangat dalam diri kanak-kanak yang menghidap kanser dan membawa ideologi bahawa Kanser bukanlah titik noktah dalam kehidupan mereka.

Adalah diharapkan melalui program ini, kami dapat menceriakan hari pesakit-pesakit di Wad Onkologi Pediatrik dan menaikkan emosi positif kepada mereka dan juga diharapkan program ini akan dapat membentuk sebuah budaya yang penyayang dan mengambil berat terhadap komuniti setempat dan kepada negara.

VISI

Memantapkan jaringan PIMPIN melalui aktiviti kemasyarakatan bagi menerajui dinamisme golongan bumiputera supaya sentiasa berdaya saing, bertaraf global dan dalam masa yang sama, prihatin kepada bangsa dan menjunjung kedaulatan negara.

MISI

Melahirkan keupayaan kemasyarakatan dan memupuk semangat kasihkan sebangsa dan senegara berlandaskan kepada aspirasi agama, bangsa dan negara.

OBJEKTIF

Terkandung 3 matlamat utama Program Khidmat Masyarakat ini:

  • Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat.
  • Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai kemasyarakatan yang positif.

Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil  peranan secara aktif dalam kumpulan.

TENTATIF

Tarikh Persembahan Amal
Tempat
Masa
Durasi