Kembara Nur Ramadan

“We Share & We Care, Bantuan Kita, Senyuman Mereka”

KEMBARA NUR RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan ibadah (Syahrul Al-ibadah). Dalam bulan ini Allah membuka peluang bagi hamba-hambanya untuk beribadah sebanyak-banyaknya, kerana pada bulan ini pahala ibadah di balas dengan berlipat ganda. Allah mendidik kaum muslimin untuk merealisasikan misi hidup dengan setiasa beribadah kepada Allah. Sasaran keimanan yang diharapkan adalah hamba-hamba yang selalu mengorientasikan hidup untuk beribadah.

Justeru, bersempena dengan bulan Ramadhan ini pihak penganjur “Kembara Nur Ramadhan 2017 / 1438H” telah merancang untuk melakukan ziarah dan menyampaikan amanah (sumbangan) daripada para penderma yang bermurah hati kepada yang memerlukan yang menghadapi hari-hari sukar mereka. Moga-moga dengan sedikit cebisan usaha ini menjadi pemangkin usaha dakwah insani untuk mengekalkan jatidiri Islam sesuai dengan dakwah dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW kepada kita semua.

Kembara Nur Ramadhan kali ke-6 ini merupakan salah satu aktiviti wajib saban tahun. Golongan sasaran adalah di kalangan yang kurang bernasib baik. Pada tahun ini, aktiviti merangkumi aktiviti membawa anak – anak warga rumah anak yatim terpilih sekitar Shah Alam membeli belah baju dan keperluan hari raya dan modul pembelajaran santai dan sesi iftar bersama kanak – kanak tersebut.

 OBJEKTIF

  • Memberi peluang kepada peserta untuk keluar berziarah & berkonvoi;
  • Memberi ruang pengalaman dan berkongsi keseronokan dengan insan yang kurang bernasib baik;
  • Menghayati nasib org yang tidak berkemampuan & tidak bernasib baik; dan

Menerima semangat inspirasi insani dalam menempuh hari-hari dewasa.