Dinner Amal – Tautan Kasih Saudaraku

Well care concept Asia willing to share with you our project proposal database, hoping to promote volunteerism. Feel free to copy and paste the template, do it your own or collaborate with us.

Template for referral only, amount presented not necessarily correct to actual value.

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL

“TAUTAN KASIH SAUDARAKU”

PEMBINAAN SEKOLAH DONG TAUT, KAMPOT PROVINCE, KEMBOJA

PENDAHULUAN

Majlis Makan Malam Amal “Tautan Kasih Saudaraku” ini dianjurkan oleh Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (PIMPIN) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Badan Islam PKNS. Ia dikelolakan sepenuhnya dari semua agensi yang terlibat dengan cadangan penglibatan beberapa artis tanahair.

Majlis Makan Malam Amal “Tautan Kasih Saudaraku” ini merupakan usaha mengumpul dana yang dijanakan dalam usaha menaikpulih Sekolah Dong Taut, Kampot Province di Kemboja dan pembinaan Masjid di Zamboanga, Filipina.

VISI

Memantapkan jaringan PIMPIN melalui aktiviti kesukarelawan bagi menerajui dinamisme golongan bumiputera supaya sentiasa berdaya saing, bertaraf antarabangsa dan dalam masa yang sama, prihatin kepada bangsa dan menjunjung kedaulatan negara.

MISI

Melahirkan keupayaan kesukarelawanan dan memupuk semangat kasihkan sebangsa dan seagama  berlandaskan kepada aspirasi agama, bangsa dan negara.

OBJEKTIF

Terkandung 3 matlamat utama projek makan malam Amal ini:

  • Mengumpul dana bagi membaik pulih Sekolah Dong Taut di Kampot Province. Keadaan sekolah yang usang dan uzur dengan keadaan tiang yang rapuh dek anai – anai menyebabkan risiko besar kepada para pelajar.
  • Megumpul dana bagi membina sebuah masjid dan pusat aktiviti masyarakat Islam di Zamboanga, Filipina.
  • Menyemai cinta kasihkan negara Malaysia yang bertuah ini di kalangan warganegara supaya dapat mempertingkatkan kefahamam mengenai betapa beruntungnya lahir dan hidup di Malaysia.

Menyemai minat kesukarelawan dikalangan rakyat Malaysia.

TENTATIF

JAWATANKUASA

KONSEP PERSEMBAHAN

Dicadangkan 2 Konsep Persembahan iaitu:

  1. Persembahan Nasyid / zikir
  2. Persembahan Sajak
  3. Tazkirah Pra-Ramadhan 1437H
  4. Tayangan video

ANGGARAN

BIL PERKARA ANGGARAN KOS (RM)
1 Artis Jemputan, Penyewaan Teknikal, Pencahayaan & Bunyi / Audio RM 10,000.00
2 Penceramah Jemputan RM 1,000.00
3 Percetakan dan Dokumentasi

  • Tiket
  • Poster
  • Flyers
  • Banner
  • Banting
  • Pemasaran & Publisiti
RM 5,000.00
4 Sewa dewan

Makan Minum

RM 40,000.00
5 Makan Minut Produksi

Minum Sidang Media

RM 5,000.00
6 Pengurusan dan Pentadbiran RM 1,000.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM 62,000.00